Assalamualaikum
Terima kasih kepada semua rakan2 internet kerana terpaksa sudi melayari blog yg tidak seberapa ni...Sebelum aku merapu dgn lebih maju kedepan jd aku nk mintak maaf la sekiranya blog aku ni blog yg berada top ranking teratas kategori kekampungan..keskimaan atau apa yang bersifat negatif...
Untuk pengetahuan semua aku sebenarnya baru blaja nak bt blog nie..Jd kalau ada sape2 yg ikhlas sudi membantu dengan TANPA BAYARAN DAN CAS TERSEMBUNYI kepada insan seperti aku nie...aku amat mengalu-alukan dan berterima kasih sekurang-kurangnya terselamat la duit poket aku ni hehe.semoga Allah memberkati pe yg kamu lakukan Amin..
Aku pun heran apa yang best sangat blog ni..aku pun tanya la kawan2 aku yg celik IT apa kelebihan blog...sbb aku ni suka bertanya tp malas membaca....jd aku baru tau la apa yg dinamakan blog.. aku terpaksarela belajar gak bt blog ni.... jd malas la aku nak terangkan satu persatu kelebihan blog nie..lgpun aku tau korang tau @ lebih tau dr aku..kalau korang xtau gak...adalah lebih baik korang tanya kawan2 korang daripada tanya aku...
Sekarang aku nk cite la pasal diri aku cket2....Nama aku Syah dan telah berkahwin..tp sorang baru huhu..(ni awal2 lg bini aku suh letak status)..yang lain-lain sebenarnya dh ada kat profile dah...jd xyah la jgk aku terangkan lebih panjang lebar....aku ni minat berniaga tp dalam skala kecik2 je la bt masa ni la..xtau la kalau dh ada blog jd skala besar hehe.....kalau korang nak tau ni la tujuan utama aku bt blog...aku nak ramaikan kenalan xkira la yg minat berniaga ataupun x...yg pastinya aku nak kita kongsi2 cerita..kongsi2 idea....kongsi2 pendapat dan mcm2 lg la yg ble d kongsi....jd aku harap sgt2 la blog aku ni mendapat sokongan dr kawan2 internet sekalian..tanpa anda siapalah aku huhu..koya mcm artis la plak
Ok la aku nie dh 3 jam duk reka ayat nak letak posting pertama kat blog aku..aku taip pas 2 aku padam..taip padam.....maklumla budak baru belajar...mata pun dah rasa pedih duk mengadap komputer...jd sebelum aku mengundur diri aku mintak maaf byk2 la sekiranya ada perkataan yang aku taip silap eja ke..yg buat hati korang sakit ke..kerana tu bukan silap aku..tp silap keyboard aku hehe...k moga kita bertemu lg...Salam pengenalan dari aku semua....salam
Good posting.
ReplyDeleteKeep it up!
Bila nak buat 2nd posting nyo?!
ReplyDelete